Monday, 5 January 2015

APABILA LAUT DI KOREA SELATAN TERBELAH 2, RAMAI YANG TERUJA!

Bagi mereka yang pernah membaca kisah di zaman Nabi Musa, pasti tahu tentang kisah laut terbelah 2 sewaktu Nabi Musa melarikan diri dari Firaun dan tenteranya.
Bagaimana jika kami katakan  laut terbelah 2 ini wujud di Korea Selatan?
Ya, fenomena laut terbelah 2 ini berlaku di Pulau Jindo, Korea Selatan. Ia dikatakan berpunca dari pertembungan mendadak arus air pasang dan air surut hingga menyebabkan paras air turun hingga 7 meter dari paras asal!
jindo-festival-korea-selatan-11
Apabila fenomena ini berlaku, satu laluan sepanjang 3 km terbentuk dari Hoedong hingga ke Pulau Modo. Selain dari itu, laluan juga terbentuk sejauh hingga 40 km ke 60 km menghubungkan Pulau Jindo dan pulau-pulau lain di sekitarnya.
jindo-festival-korea-selatan-2
Fenomena ini berlaku 3 kali setahun iaitu antara bulan Mac hingga Julai. Disebabkan sambutan hangat oleh penduduk tempatan dan pelancong asing terhadap fenomen ini, kerajaan Korea Selatan telah mengambil inisiatif menganjurkan “Jindo Yeongdeung Festival”.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
jindo festival korea selatan
jindo-festival-korea-selatan-8
Dianggarkan hampir 1 juta warga tempatan dan pelancong asing membanjiri festival ini setiap kali ia di anjurkan.
jindo-festival-korea-selatan-3
Selain dari untuk melihat fenomen ini, ada juga di kalangan pengunjung mengambil peluang mengutip kerang dan rumpai laut.
jindo-festival-korea-selatan-7
jindo-festival-korea-selatan-4
jindo-festival-korea-selatan-9
Wah! Rasa teruja pula nak ke Korea Selatan! Tapi sebelum tu kami nak ingatkan – fenomena laut terbelah 2 ini hanya berlaku selama 1 jam saja sehari, antara jam 5 ke 6 petang. Jadi jika anda bercadang mahu ke festival ini pastikan anda tidak terperangkap pula sebab sejam tu tak lama ;)
jindo-festival-korea-selatan-5

Tuesday, 23 December 2014

BANJIR DI PANTAI TIMUR







Banjir telah melanda negeri-negeri di sekitar pantai timur iaitu negeri pahang, terengganu, dan terutamanya kelantan.Kelantan, negeri tempat lahirnya saya. Sungguh terasa pilu hati ini bila mendapat khabar bahaya kelantan banjir teruk pada tahun ini. Iya, dikatakan lebih teruk daripada banjir yang melanda pada tahun 2004.


Sekitar Gua Musang



Sekitar Bandar Kuala Krai



Sekitar Rantau Panjang



Di Jambatan Sultan Yahya, Kota Bharu



Sekitar Pasir Puteh

Di KELANTAN jumlah mangsa di lapan jajahan meningkat daripada 16,081 mangsa malam tadi kepada 20,468 orang pagi ini dengan jumlah pusat pemindahan bertambah daripada 60 buah kepada 70 buah, menurut portal banjir kerajaan negeri.

Peningkatan mangsa banjir adalah berikutan hujan lebat yang berterusan semalam di jajahan Gua Musang yang menyebabkan paras air sungai meningkat dan membanjiri termasuk di bandar Gua Musang.

Di Gua Musang, jumlah mangsa semakin meningkat iaitu 3,692 orang berbanding 179 orang malam tadi yang kesemuanya ditempatkan di 10 buah pusat pemindahan.

Di Jajahan Pasir Mas, jumlah mangsa sedikit menurun iaitu seramai 10,565 orang berbanding 10,575 orang malam tadi yang kini ditempatkan di 31 buah pusat, dan di Tumpat, jumlah mangsa terus kekal 3,956 orang yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.

Jumlah mangsa yang dipindahkan di Kuala Krai meningkat kepada 1,328 orang berbanding 495 orang yang ditempatkan di 14 pusat, di Pasir Puteh (556 orang/empat pusat pemindahan), Tanah Merah (141 orang/dua pusat pemindahan), Machang (19 orang/satu pusat pemindahan) dan Jeli, (211/satu pusat pemindahan).

Bacaan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang masih pada paras bahaya, empat bacaan di tiga sungai utama lain kembali meningkat melepasi paras bahaya.

Sungai Galas di Dabong, Gua Musang kini pada bacaan 41.59 meter melepasi paras bahaya 38 meter, Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai 39.83 meter (bahaya 35 meter), Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai 28.83 meter (bahaya 25 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah 17.71 meter (bahaya 16.00 meter).

Sungai Golok di Rantau Panjang pada paras 10.35 meter (bahaya 9 meter).   

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman berkata penduduk yang tinggal di pesisir pantai diminta berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan terdapat laporan berlakunya ombak besar. 





"Wahai Bumi telanlah airmu, 
Dan wahai Langit berhentilah dari curahan hujanmu".
 aminn .. (suruh Hud 44)
Ya Allah..redakan la bencana yang kami alami..lindungi la kami semua..elakkan la dari berlaku bencana-bencana yang lebih besar dari biasa..kasihani la kami semua ya Allah..sesungguhnya engkau la penentu segalanya..bantula kami mangsa-mangsa bencana alam..kami bermohon kpdMu..Engkau la maha pengasih lagi maha penyayang..makbulkan la doa kami ya Allah..
Amin ya rabbal alamin..





Sumber: laman utama astro awani dan facebook; info banjir kelantan




Monday, 22 December 2014

CINTA HATI INI


CINTA HATI ? SIAPA? 
Mesti korang dah membuat pelbagai andaian kan. mesti korang tertanya-tanya kan.  buah hati ke?hmm.. sebenarnya bukan buah hati okay. Cinta hati saya ialah keluarga saya :) . yup. semestinya lahh!
Keluarga merupakan harta yang paling berharga dalam hidup saya. Keluarga tak akan ternilai bagi saya. siapa lah kita tanpa ibu bapa, kelurga bukan?keluarga yang membesarkan kita. Di setiap langkah, keputusan dalam hidup saya akan mendapat sokongan daripada keluarga.
Susah, senang, gembira, sedih saya akan berkongsi bersama keluarga tercinta. 









Buatmu keluarga tercinta:

kasihmu..
sayangmu..
selalu diberikan padaku!
sungguh, aku berasa bahagia memiliki keluarga sebegini.
penuh dengan kasih sayang. 
penuh dengan gelak tawa.
Hadir dalam setiap ruang dan hidupku.
memberi sinaran dan cahaya dikala hati ini gundah, gelisah.
memberi semangat dikala diri ini jatuh tersungkur.
 ohh, keluarga ku!
terima kasih untuk setiap kata, rasa,dan segala nya.

salam rindu dan sayang buat keluargaku tecinta :)






Saturday, 20 December 2014

SAHABAT SEJATI



SAHABAT
Kaulah yang menaruh bintang,
Dalam mata, hati, dan genggamanku,
Kau yang tak pernah meninggalkanku,
yang selalu ada di saat kesusahan, di saat senang.

SAHABAT
Kaulah bintang sejati,
yang tertawa, menangis, berjalan
dan tidak berhenti berkelip
dalam langit hidupku.

" persahabatan yang begitu erat punya pengertian
yang dalam bagi kita yang menghargainya "


- terima kasih sayang -

TIPS SHOPPING ONLINE

Assalamualaikum..

Beli barang secara online? ohh..okay, memang menjadi trend masa kini dimana ramai orang yang suka membeli barang secara online kan? tak terkecuali juga dengan saya. korang pun suka kan beli barang secara online? semestinya !

kalau saya sejak dari semester 1 sampai sekarang suka membeli barang secara online.
kenapa suka shopping online? iyalah..bagi saya shopping online ini dapat menjimatkan masa, jimatkan kos,tak perlu berpusu-pusu dan beratur nak bayar ke kaunter pembayaran, boleh tawar menawar dan sebagainya.

Masa dulu-dulu memang tak percaya sangat dengan urusniaga secara online ini sebab takut kena tipu dan sebagainya. Tapi bila dah lama-lama dalam urusniaga online ini, kepercayaan untuk membeli barang itu makin tinggi.

Alhamdulillah, setakat ini saya tidak pernah lagi kena tipu atau sebagainya. Okay, dekat sini suka untuk saya kongsikan cara-cara shopping online untuk rujukan bersama supaya kita tidak merasa ragu-ragu untuk membeli secara online.


1. STATUS PENJUAL
  • Sila pastikan kita semak terlebih dahulu status penjual sama ada masih lagi aktif ataupun tidak lagi. kita juga perlu pastikan penjual memaparkan maklumat mereka seperti nama penjual, no telefon untuk dihubungi ataupun alamat tempat mereka berniaga. Jika ada SSM borang pendaftaran perniagaan, maka kita yakin boleh berurusan dengan mereka. Sebelum membeli, cuba hubungi penjual melalui sms paling cepat, emel dan platform lain lagi.
2. ULASAN, KOMEN DAN MAKLUM BALAS

  • Seterusnya, sila baca komen-komen, maklum balas ataupun ulasan yang diberikan oleh pelanggan kepada penjual sebelum ini. Samada ianya ulasan yang memuaskan atau tidak. Bab ulasan ni kita boleh tengok facebook atau website jualan mengenai komen-komen pembeli terdahulu. Jika ada, boleh lawati mana-mana forum perbincangan.
3. TRACKING NOMBOR ID
  • Setelah urusan membeli selesai, kita perlu pastikan penjual memberi nombor Tracking ID (no tracking kurier cth : EF 174529349 MY) untuk rujukan kita. Ianya memudahkan untuk kita untuk mengesan barangan yang kita beli tersebut. Biasanya, selepas kita membeli, wajib minta trekking number pos untuk memudahkan kita untuk menyemak status barangan kita berada dimana sebelum sampai ke destinasi. Dengan adanya trekking number, mudah untuk rujukan di kemudian hari jika berlaku barang tak sampai. Sekarang moden, trekking number boleh semak online sahaja.
4. BUKTI / BUKTI PEMBAYARAN
  • Akhir sekali sila simpan resit ataupun bukti pembayaran anda (Slip bank in / transfer) untuk kegunaan jika kita ingin menebus kembali barangan yang kita beli jika terdapat kerosakan ataupun kesilapan.
okay, sekian. Harap beberapa tips dan panduan shopping online ini dapat memberi sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk membeli belah secara online tanpa ragu-ragu :)

Friday, 19 December 2014

ISTANBUL AKU DATANG!




ISTANBUL, TURKEY ? KENAPA ISTANBUL? KENAPA TURKEY?

Istanbul merupakan salah satu bandar yang sudah lama berada di dalam senarai percutian idaman saya.
yeayy ! semestinya istanbul. Turkey !!
Istanbul aku datang!!


Istanbul merupakan salah satu bandar terbesar di Turkey. Turkey menjadi idaman pemerintah zaman dahulu untuk menjadikannya jajahan takluknya termasuklah empayar Rom. Istanbul atau Constantinople namanya satu ketika dahulu terbahagi kepada dua bahagian, satu sebelah Eropah sementara satu lagi sebelah Asia yang dahulunya dikenali sebagai Anatolia ataupun Asia Minar. Kota ini terletak antara dua laut iaitu laut Hitam dan laut Marmara di samping selat Bosphorus. 

Kota Istanbul terdapat kira-kira 20 juta penduduk, 3 peratus tinggal di bahagian Istanbul sebelah Eropah atau Barat sementara bakinya 97 peratus mendiami sebelah Asia. Setiap hari bekerja lebih 6 juta rakyatnya dari Asia akan menyeberani selat Bosphorus untuk bekerja di sebelah bahagian Barat.

Disini juga saya senaraikan beberapa tempat-tempat yang menarik untuk dilawati seperti masjid biru, grand bazaar,topkapi palace, hagia sophia muzium, miniaturk, dan sebagai nya.


1. MASJID BIRU/ MASJID SULTANAHMET



Masjid biru ataupun dalam bahasa inggeris Blue Mosque merupakan salah satu mercu tanda Istanbul, Turkey dan merupakan tempat yang paling dan paling saya ingin lawati di Istanbul.
Masjid ini merupakan masjid yang bersejarah di Istanbul, bandaraya terbesar di Turki dan ibu negara Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga ke 1923). Masjid ini adalah salah satu dari beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Ia dibina di antara 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Ahmed I. Seperti banyak masjid lain, ia mengandungi suatu kubur penemunya, sebuah madrasah dan sebuah hospis. 

2. GRAND BAZAAR




Grand bazar merupakan surga membeli belah bagi kaki shopping. Pelbagai barang dijual di sini seperti turkey karpet, cenderamata, cenderahati, tudung turkey, sejadah turkey, pelbagai jenis teh, herba dan rempah ratus, lampu-lampu turkey yang sangat cantik, zaitun dan minyak zaitun, pelbagai jenis keju, kebab dan macam-macam lagi.


Pasar sebesar 54,000 meter persegi ini mempunyai 56 lorong yang bersambung antara satu sama lain menjadikan ia seperti satu lorong teka-teki yang mengelirukan. Di sini juga ada lebih 4,000 kedai untuk lawati. Ianya terletak hanya 15 minit dari Masjid Biru, bazaar yang menerima sekitar 400,000 pengunjung sehari ini telah mengalami pembinaan semula di beberapa kawasannya akibat gempa bumi pada 1894. Sebelum itu ia mempunyai sekolah, telaga, 5 masjid dan kawasan kolam untuk wuduk. Kini hanya sebilangan kecil sahaja dari binaan tersebut yang masih tinggal.



3. SPICE BAZAAR







Pasar yang juga dipanggil Bazaar Mesir ini adalah hentian terakhir karavan yang datang melalui Laluan Sutera dari China. Ia juga merupakan pasar rempah paling penting untuk Istanbul. Namun begitu, lokasinya sebenarnya ialah di Beyoglu. Ia dipindahkan ke sini sewaktu demonstrasi anti-Greek kerana Perdana Menteri ketika itu dikatakan tidak mahu restoran kegemarannya dimusnahkan oleh perusuh. 

Jika Grand Bazaar tempat membeli permaidani dan pelbagai kraf, Bazaar Rempah (Spice Bazaar) pula tempat ada membeli cenderamata boleh makan seperti saffron, kopi dan teh bunga hinggalah kepada wangi-wangian seperti sabun dan minyak pati. Pasar kedua terbesar di Istanbul selepas Grand Bazaarini dikatakan adalah antara pasar rempah dan herba terbesar di dunia. Ia juga tempat terbaik untuk melihat kepelbagaian makanan dunia disamping makanan dan rempah ratus tempatan. Kita juga akan dapat melihat saffron dari Iran, teh bunga dari China dan kaviar dari Russia di dalam kedai-kedai di sini.

4. HAGIA SOPHIA MUZIUM








Tidak sah ke Istanbul jika tidak ke Hagia Sophia. Digelar keajaiban ke-8 dunia, Hagia Sophia adalah antara muzium yang paling terkenal di dunia dan lambang kehebatan senibina zaman silam. Bangunan bersejarah ini asalnya adalah sebuah gereja Rom selama hampir 1000 tahun. Setelah Islam berjaya menakluki Istanbul, Hagia Sophia dijadikan masjid selama lebih 500 tahun dengan gambar-gambar semasa zaman Rom di tutup.
Seni binaannya yang hebat juga akhirnya menjadi contoh kepada masjid-masjid baru seperti Masjid Biru dan Masjid Suleyman. Apabila ditukar kepada masjid, tiada pengubahsuaian besar yang dibuat kecuali tambahan mimbar, mihrab dan gambar-gambar yang ditutup dengan plaste. 
Di muzium ini, kita boleh melihat peluru merian yang digunakan oleh Sultan Ahmed Fateh sewaktu penaklukan Istanbul pada 1453. Kita  juga boleh melihat kaligrafi Islam di samping gambaran Kristian seperti gambar Virgin Mary dan John The Baptist di bawah satu bumbung.


5. MINIATURK





Merupakan bandar mini terbesar di dunia, Miniaturk yang dibuka pada 2011 ini memuatkan monumen bersejarah dari zaman Byzantine hinggalah ke zaman empayar Islam Uthamaniyah.  Oleh itu, kita  akan dapat melihat kesemua binaan bersejarah ini di dalam satu tempat. Disini juga terdapat  taman permainan kanak-kanak, keretapi mini dan simulator helikopter untuk mereka bersantai sambil dibuai angin laut. Jika kita ingin melihat kesemua bangunan bersejarah dan paling popular tetapi tidak mempunyai masa yang cukup, kita boleh sahaja terus ke Miniaturk di mana merupakan taman yang memuatkan bangunan-bangunan berskala kecil tarikan-tarikan pelancong kini.

6. TOPKAPI PALACE



Istana Topkapi adalah istana di Istanbul, Turki, yang merupakan kediaman resmi kesultanan Utsmaniyah atau dikenal juga dengan sebutan kekaisaran Turki Ottoman selama lebih dari 400 tahun (1465-1856). 

Pembangunan Istana Topkapi ini dimulai pada tahun 1459 atas perintah Sultan Mehmed II. Kompleks Istana Topkapi terdiri dari empat lapangan utama dan banyak bangunan-bangunan kecil. Pada puncaknya, istana ini dihuni oleh 4.000 orang. 

Masih di lingkungan Istana Topkapi, juga ada peninggalan sejarah khususnya sejarah Islam, benda-benda yang pernah dipakai Nabi Muhammad Saw. Para pengunjung seperti dibawa ke zaman Rasulullah Saw dan para sahabatnya. Berbagai peninggalan itu ditempatkan di dalam suatu ruang khusus yang terpisah dari Istana Topkapi. Ruangan itu bernama Paviliun Relikui Suci. Lebih menarik lagi, sepanjang dan selama para pengunjung melihat barang-barang bersejarah itu kita bisa mendengar alunan bacaan Al-Quran oleh 24 orang Hafiz Quran secara bergantian 24 jam nonstop. Dan bayangkan, lantunan ayat suci itu sudah berlangsung tanpa jeda sejak tahun 1517.

7. MUZIUM RAHMI M KOC



Dibina oleh seorang industrialis Turki, muzium yang dulunya merupakan koleksi peribadinya ini mempunyai pelbagai jenis kenderaan iaitu dari yang terbang di udara hinggalah yang belayar di laut. Pendek kata, jika ia bergerak, kita boleh lihat ia di sini. Jika kebanyakan muzium hanya mempunyai kereta, Muzium Rahmi M Koc ini mempunyai enjin wap, bangkai pesawat perang yang ditembak jatuh, kereta vintage, gerabak keretapi raja hinggalah kepada lokomotif lama yang diletak di trek sepanjang 700 meter yang boleh anda naiki. Jika itu belum cukup, ada juga kapal selam yang diguna semasa perang Dunia Ke-2, kapal pengangkut hinggalah kepada kapal terbang Douglas Dakota.
Yang menariknya, muzium ini bukan sahaja hebat, tetapi dibina di lokasi yang cukup bersejarah iaitu di kawasan antara yang tertua dan paling bersejarah di Istanbul. Selain muzium, kawasan ini sendiri simbol kepada sejarah Istanbul. Di kawasan ini kita akan dapat melihat masjid, gereja dan rumah ibadat Yahudi yang berusia ratusan tahun yang dibina sejak zaman Rom Timur lagi.

Suatu hari nanti, saya berharap mendapat peluang dan kesempatan untuk menjejakkan kaki, nmenghirup udara, melihat keindahan dan merasai kemegahan bandar idaman saya ini. saya juga berhasrat untuk melihat dan menghayati keindahan bandaraya istanbul dengan kedua-dua belah mata saya sendiri.
Tak sabar rasanya menjadikan ianya kenyataan!
INSYAALLAH :)








Thursday, 18 December 2014

KERANA HATI ..






kerana hati..
kita menyayangi.
kerana hati..
kita membenci.
kerana hati..
kita menyenangi.
keana hati..
kita mendengki.
kerana hati..
kita memaafkan.
kerana hati..
kita berdendam.
kerana hati..
kita percaya.
kerana hati..
kita prasangka.
kerana hati..
kita baik.
kerana hati..
kita buruk.

HATI.
tidak luruus iman seseorang melainkan lurus hatinya.
dan
tidak lurus hati seseorang melainkan lurus lidahnya.

HATI.
di dalam tubuh ada seketul daging,
jika baik maka baiklah badannya.
dan jika buruk maka buruklah badannya.

HATI.
tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada sombong 
walaupun sekecil biji sawi.
jagalah hati daripada wahan ; iaitu cinta kepada dunia
dan takut kepada mati.

Jaga lah HATI sebaiknya. 
ohh Allah, kurniakan kami hati yang lebih baik.

Amin ya rabb..