Friday, 19 December 2014

ISTANBUL AKU DATANG!




ISTANBUL, TURKEY ? KENAPA ISTANBUL? KENAPA TURKEY?

Istanbul merupakan salah satu bandar yang sudah lama berada di dalam senarai percutian idaman saya.
yeayy ! semestinya istanbul. Turkey !!
Istanbul aku datang!!


Istanbul merupakan salah satu bandar terbesar di Turkey. Turkey menjadi idaman pemerintah zaman dahulu untuk menjadikannya jajahan takluknya termasuklah empayar Rom. Istanbul atau Constantinople namanya satu ketika dahulu terbahagi kepada dua bahagian, satu sebelah Eropah sementara satu lagi sebelah Asia yang dahulunya dikenali sebagai Anatolia ataupun Asia Minar. Kota ini terletak antara dua laut iaitu laut Hitam dan laut Marmara di samping selat Bosphorus. 

Kota Istanbul terdapat kira-kira 20 juta penduduk, 3 peratus tinggal di bahagian Istanbul sebelah Eropah atau Barat sementara bakinya 97 peratus mendiami sebelah Asia. Setiap hari bekerja lebih 6 juta rakyatnya dari Asia akan menyeberani selat Bosphorus untuk bekerja di sebelah bahagian Barat.

Disini juga saya senaraikan beberapa tempat-tempat yang menarik untuk dilawati seperti masjid biru, grand bazaar,topkapi palace, hagia sophia muzium, miniaturk, dan sebagai nya.


1. MASJID BIRU/ MASJID SULTANAHMET



Masjid biru ataupun dalam bahasa inggeris Blue Mosque merupakan salah satu mercu tanda Istanbul, Turkey dan merupakan tempat yang paling dan paling saya ingin lawati di Istanbul.
Masjid ini merupakan masjid yang bersejarah di Istanbul, bandaraya terbesar di Turki dan ibu negara Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga ke 1923). Masjid ini adalah salah satu dari beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Ia dibina di antara 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Ahmed I. Seperti banyak masjid lain, ia mengandungi suatu kubur penemunya, sebuah madrasah dan sebuah hospis. 

2. GRAND BAZAAR




Grand bazar merupakan surga membeli belah bagi kaki shopping. Pelbagai barang dijual di sini seperti turkey karpet, cenderamata, cenderahati, tudung turkey, sejadah turkey, pelbagai jenis teh, herba dan rempah ratus, lampu-lampu turkey yang sangat cantik, zaitun dan minyak zaitun, pelbagai jenis keju, kebab dan macam-macam lagi.


Pasar sebesar 54,000 meter persegi ini mempunyai 56 lorong yang bersambung antara satu sama lain menjadikan ia seperti satu lorong teka-teki yang mengelirukan. Di sini juga ada lebih 4,000 kedai untuk lawati. Ianya terletak hanya 15 minit dari Masjid Biru, bazaar yang menerima sekitar 400,000 pengunjung sehari ini telah mengalami pembinaan semula di beberapa kawasannya akibat gempa bumi pada 1894. Sebelum itu ia mempunyai sekolah, telaga, 5 masjid dan kawasan kolam untuk wuduk. Kini hanya sebilangan kecil sahaja dari binaan tersebut yang masih tinggal.



3. SPICE BAZAAR







Pasar yang juga dipanggil Bazaar Mesir ini adalah hentian terakhir karavan yang datang melalui Laluan Sutera dari China. Ia juga merupakan pasar rempah paling penting untuk Istanbul. Namun begitu, lokasinya sebenarnya ialah di Beyoglu. Ia dipindahkan ke sini sewaktu demonstrasi anti-Greek kerana Perdana Menteri ketika itu dikatakan tidak mahu restoran kegemarannya dimusnahkan oleh perusuh. 

Jika Grand Bazaar tempat membeli permaidani dan pelbagai kraf, Bazaar Rempah (Spice Bazaar) pula tempat ada membeli cenderamata boleh makan seperti saffron, kopi dan teh bunga hinggalah kepada wangi-wangian seperti sabun dan minyak pati. Pasar kedua terbesar di Istanbul selepas Grand Bazaarini dikatakan adalah antara pasar rempah dan herba terbesar di dunia. Ia juga tempat terbaik untuk melihat kepelbagaian makanan dunia disamping makanan dan rempah ratus tempatan. Kita juga akan dapat melihat saffron dari Iran, teh bunga dari China dan kaviar dari Russia di dalam kedai-kedai di sini.

4. HAGIA SOPHIA MUZIUM








Tidak sah ke Istanbul jika tidak ke Hagia Sophia. Digelar keajaiban ke-8 dunia, Hagia Sophia adalah antara muzium yang paling terkenal di dunia dan lambang kehebatan senibina zaman silam. Bangunan bersejarah ini asalnya adalah sebuah gereja Rom selama hampir 1000 tahun. Setelah Islam berjaya menakluki Istanbul, Hagia Sophia dijadikan masjid selama lebih 500 tahun dengan gambar-gambar semasa zaman Rom di tutup.
Seni binaannya yang hebat juga akhirnya menjadi contoh kepada masjid-masjid baru seperti Masjid Biru dan Masjid Suleyman. Apabila ditukar kepada masjid, tiada pengubahsuaian besar yang dibuat kecuali tambahan mimbar, mihrab dan gambar-gambar yang ditutup dengan plaste. 
Di muzium ini, kita boleh melihat peluru merian yang digunakan oleh Sultan Ahmed Fateh sewaktu penaklukan Istanbul pada 1453. Kita  juga boleh melihat kaligrafi Islam di samping gambaran Kristian seperti gambar Virgin Mary dan John The Baptist di bawah satu bumbung.


5. MINIATURK





Merupakan bandar mini terbesar di dunia, Miniaturk yang dibuka pada 2011 ini memuatkan monumen bersejarah dari zaman Byzantine hinggalah ke zaman empayar Islam Uthamaniyah.  Oleh itu, kita  akan dapat melihat kesemua binaan bersejarah ini di dalam satu tempat. Disini juga terdapat  taman permainan kanak-kanak, keretapi mini dan simulator helikopter untuk mereka bersantai sambil dibuai angin laut. Jika kita ingin melihat kesemua bangunan bersejarah dan paling popular tetapi tidak mempunyai masa yang cukup, kita boleh sahaja terus ke Miniaturk di mana merupakan taman yang memuatkan bangunan-bangunan berskala kecil tarikan-tarikan pelancong kini.

6. TOPKAPI PALACE



Istana Topkapi adalah istana di Istanbul, Turki, yang merupakan kediaman resmi kesultanan Utsmaniyah atau dikenal juga dengan sebutan kekaisaran Turki Ottoman selama lebih dari 400 tahun (1465-1856). 

Pembangunan Istana Topkapi ini dimulai pada tahun 1459 atas perintah Sultan Mehmed II. Kompleks Istana Topkapi terdiri dari empat lapangan utama dan banyak bangunan-bangunan kecil. Pada puncaknya, istana ini dihuni oleh 4.000 orang. 

Masih di lingkungan Istana Topkapi, juga ada peninggalan sejarah khususnya sejarah Islam, benda-benda yang pernah dipakai Nabi Muhammad Saw. Para pengunjung seperti dibawa ke zaman Rasulullah Saw dan para sahabatnya. Berbagai peninggalan itu ditempatkan di dalam suatu ruang khusus yang terpisah dari Istana Topkapi. Ruangan itu bernama Paviliun Relikui Suci. Lebih menarik lagi, sepanjang dan selama para pengunjung melihat barang-barang bersejarah itu kita bisa mendengar alunan bacaan Al-Quran oleh 24 orang Hafiz Quran secara bergantian 24 jam nonstop. Dan bayangkan, lantunan ayat suci itu sudah berlangsung tanpa jeda sejak tahun 1517.

7. MUZIUM RAHMI M KOC



Dibina oleh seorang industrialis Turki, muzium yang dulunya merupakan koleksi peribadinya ini mempunyai pelbagai jenis kenderaan iaitu dari yang terbang di udara hinggalah yang belayar di laut. Pendek kata, jika ia bergerak, kita boleh lihat ia di sini. Jika kebanyakan muzium hanya mempunyai kereta, Muzium Rahmi M Koc ini mempunyai enjin wap, bangkai pesawat perang yang ditembak jatuh, kereta vintage, gerabak keretapi raja hinggalah kepada lokomotif lama yang diletak di trek sepanjang 700 meter yang boleh anda naiki. Jika itu belum cukup, ada juga kapal selam yang diguna semasa perang Dunia Ke-2, kapal pengangkut hinggalah kepada kapal terbang Douglas Dakota.
Yang menariknya, muzium ini bukan sahaja hebat, tetapi dibina di lokasi yang cukup bersejarah iaitu di kawasan antara yang tertua dan paling bersejarah di Istanbul. Selain muzium, kawasan ini sendiri simbol kepada sejarah Istanbul. Di kawasan ini kita akan dapat melihat masjid, gereja dan rumah ibadat Yahudi yang berusia ratusan tahun yang dibina sejak zaman Rom Timur lagi.

Suatu hari nanti, saya berharap mendapat peluang dan kesempatan untuk menjejakkan kaki, nmenghirup udara, melihat keindahan dan merasai kemegahan bandar idaman saya ini. saya juga berhasrat untuk melihat dan menghayati keindahan bandaraya istanbul dengan kedua-dua belah mata saya sendiri.
Tak sabar rasanya menjadikan ianya kenyataan!
INSYAALLAH :)








No comments:

Post a Comment