Wednesday, 17 December 2014

AISKRIM KEPALA (NYIUR) DI KELANTAN

Assalamualaikum..


Hari ini saya tertarik nak cerita pasal aiskrim kepala yang sekarang ini tengah popular di kelantan. Dah lama saya menetap di kelantan,
 tapi baru sekarang saya tahu kewujudan aiskrim kepala ini. hmmm..memang tak dinafikan aiskrim kepala ini memang cantik dan sedap. 

Taraaaa ...!
cantik bukan ??
terasa macam sayang dan tak sanggup nak makan.
tertarik kann ??
Harga aiskrim kelapa ini murah je, RM5 sebijik. Berbaloi dengan rasa aiskrim ini sangat-sangat sedappp ! Saiz aiskrim kepala neh kecil je. Saiz standard kelapa wangi . 




okay, mesti korang nak tahu dekat mana lokasi nya kann..
Dekat je, kawasan nya berdekatan dengan pasar wakaf bharu. 
"RESTORAN NADIEYA "


Nama Kedai : Restoran Nadieya
Lokasi : Berdekatan Pasar Wakaf Bharu. 
No. Telefon : 0179208179

Kalau dari Kota Bharu, kedai ni 300m selepas Roundabout Wakaf Bharu (sebelah kiri jalan). kedai ni terletak sebelum Pasar Wakaf Bharu. (agak terselit sedikit).
 kedai ni juga bertentangan ngan gerai jual buah di simpang 3 menghala ke Kampung Kebakat.

jadi, jom kita rasa aiskrim kepala yang popular dekat kelantan. kemudian korang baru dapat rasa sendiri nikmat makan aiskrim ini. 
harap korang dapat jumpa restoran ini :)









No comments:

Post a Comment