Pantai Irama terletak di dalam Daerah Bachok dan merupakan tempat kunjungan utama penduduk Daerah Bachok dan juga penduduk Negeri Kelantan khususnya.
Terletak di pinggir Bandar Bachok., kira-kira 20 km dari Kota Bharu melalui jalan tempatan Kota Bharu-Tawang-Bachok (D5) yang mengambil masa kira-kira 30 minit.
Sering dikujungi pada hari minggu (Jumaat dan Sabtu).
Seringkali dijadikan tempat mengadakan pesta dan pelbagai acara keramaian.
Dikawasan pantai juga terdapat gerai jualan, tandas awam, surau, wakaf, tempat letak kerata yang sistematik, dataran, tempat menyalin pakaian dan taman permainan kanak-kanak.
Selain daripada bermain di tepi pantai sambil menikmati suasana angin sepoi-sepoi bahasa dan meluangkan masa bersama-sama keluarga serta kawan-kawan, boleh juga cuba colek yang terdapat di kawasan pantai irama ini.
hmmm..
Tau tak apa itu colek ? Ianya makanan laut yang digoreng dan dimakan bersama dengan sos.
memang terbaikk..
harga pun berpatutan bergantung jenis makanan laut apa yang kita ambil :)
sos untuk dicicah bersama makanan laut
Pemandangan tepi pantai
Antara gerai-gerai di pantai irama.
Terdapat banyak gerai yang mencukupi di pantai irama ini.
kalau tak silap dalam 17 buah gerai yang disediakan.
Pilih lah yang mana satu ynag menarik hati .
Gerai-gerainya sangat bersih dan selesa, yang penting tepi pantai !
Suasana cukup cantik dan santai di pantai irama.
Memang menjadi kebiasaan saya apabila balik cuti di kampung semasa cuti semesta tidak akan melepaskan peluang untuk bersantai di pantai irama ini.
kekadang bersama keluarga dan juga kawan-kawan .
Sungguh . Rasa tenang !
No comments:
Post a Comment